Tuesday, May 6, 2008

Tragedi 11 September 2001 Dalam Al-Quran?

SubhanAllah, ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia ..
Ini adalah salah satu mukjizat AlQur'an yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang.
Tragedi World Trade Center(WTC) ada dalam Al-Quran : At Taubah
At Taubah ayat 109 :Terjemahan :
Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh , lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim .

Disitu disebutkan keruntuhan sebuah bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang -orang yang zalim . Pada surah At Taubah diatas telah disebutkan kata " JURUFIN HAR" yang oleh ulama tafsir dulu diterjemahkan sebagai "ditepi jurang yang runtuh " ternyata 14 abad kemudian kata tersebut menjadi nama sebuah jalan dikota New York tempat berdirinya WTC, iaitu : JERF HAR Street.

Bangunan WTC runtuh pada tanggal 11-9-2001

Mari kita lihat 4 kesamaan (yang mestinya bukan hanya kebetulan semata ) :
Tanggal 11 adalah tanggal terjadinya tragedi WTC , apakah suatu kebetulan bila surah AtTaubah terletak pada juz ke 11. Bulan terjadinya tragedi itu adalah bulan September (bulan ke 9) , apakah secara kebetulan jika surah At Taubah berada pada urutan ke 9 dari AlQuran.Tahun terjadinya tragedi itu adalah tahun 2001 , apakah secara kebetulan pula bila jumlah huruf dalam surah At Taubah terdiri dari 2001 huruf. Jumlah tingkat di bangunan WTC ada 109 tingkat , sekali lagi apakah mungkin kebetulan kerana ayat tersebut adalah ayat 109 dari surah At Taubah.

SubhanAllah, Maha Suci Allah dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-Mu ! Sungguh benarlah firman-Mu : "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru langit dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur'an itu adalah benar .... (Al Qur'an, surah Al Fussilat:53)

Fikir-fikirkanlah!

Isu Gelang Tangan Magnet

Lelaki Haram Bergelang Tangan - Dari Hadis Sahih

Kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boleh digunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.:
Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah walaupun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya."
Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk ustaz2,pegawai2 kerajaan, bahkan menteri pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.
Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai
hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh
Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya
faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di
tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat,maka dia hendaklah berusaha
menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

wallahua'lam.

NOTA: Pendapat ini hamba cedok dari emel yang dihantar oleh seorang sahabat.

Fikir-fikirkanlah!

Monday, May 5, 2008

Orang Hilang

Teringat hamba masa kecik-kecik dulu sekitar akhir 70-an dan awal 80-an(zaman sekolah rendah).Orang-orang tua selalu berpesan jangan main jauh-jauh nanti ditangkap orang dan dipotong kepala.Khabarnya depa nak "korban" untuk buat projek jambatan besar(Penang Bridge kut).Tak tau lah kesahihannya.
Kembali ke dekad ini, hamba terfikir adakah kes orang/budak hilang yang sering berlaku kebelakangan ini ada kaitan dengan cerita ini.Pasal sekarang memang banyak projek mega kerajaan yang sedang dan akan dilaksanakan.Wallahua'lam.

Fikir-fikirkanlah!

Sunday, May 4, 2008

Isu Beras

Kebelakangan ini isu yang sering diperkatakan oleh khalayak adalah harga beras yang kian meningkat. Ada beberapa orang tua di Pendang, Kedah sebuah negeri jelapang padi berkata"baguihlah harga beraih naik,kami jadi orang kaya la pasai makan beraih mahai". Sorang lagi berkata"Naik pilah,kami tak pernah beli beraih sebijik pun!"(kat kedai mana ada orang jual beras sebijik).

Fikir-fikirkanlah!